Konsep Pemeliharaan Sapi
Artikel Konsep Rawatan Ternakan Untuk Semua Spesis ini ditulis sebagai panduan
kepada sesiapa pun terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang
penternakan. Objektif utama penulisan artikel adalah untuk memberikan kefahaman
yang lebih jelas tentang konsep rawatan ternakan. Saya percaya sekiranya carta ini dapat
diamalkan sebagai rutin pengurusan ternakan, ia pasti dapat menjimatkan kos rawatan
dan mengurangkan masa penyembuhan ternakan sakit.
Secara umumnya rawatan ternakan adalah diringkaskan seperti carta alir rawatan
ternakan sakit berikut:
Ternakan sakit...
Apabila ternakan menunjukan tanda-tanda sakit seperti tidak mahu makan, berak cair,
muntah-muntah, tempang dan lain-lain, langkah pertama yang patut diambil ialah
mengasingkan ternakan itu daripada kumpulan sihat. Masukan ke dalam kandang atau
unit sakit. Tujuan unit pengasingan adalah untuk memudahkan pemantauan terhadap
ternakan-ternakan yang sakit dan rawatan dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Rawatan segera..
Sesudah mengasingkan ternakan yang sakit, lakukan pemeriksaan klinikal terhadap
ternakan, sebaik-baiknya ambil suhu rektum menggunakan jangka suhu serta kadar
pernafasan dan nadi ternakan. Rekodkan tanda-tanda abnormal yang ditunjukan oleh
ternakan. Jika perlu ambil sampel untuk dihantar ke makmal.
Berdasarkan kepada tanda klinikal yang ditunjukkan, lakukan rawatan awal. Contohnya
ternakan yang mengalami diarea diberikan ubat kaolin-pectin atau daun jambu batu
untuk memberhentikan diarea dengan serta merta.
Rawatan Spesifik..
Rawatan spesifik dilakukan apabila punca sebenar ternakan sakit diketahui. Punca
penyakit disahkan dengan melakukan diagnosa penyakit iaitu dengan menjalankan satu
siri penyiasatan terhadap punca kejadian penyakit. Contoh; sekiranya ternakan
mengalami diarea, sampel tinja dihantar ke makmal. Jika keputusan ujian tinja (fecal
egg count) menunjukan ternakan mengalami bebanan cacing maka ternakan perlu
dirawatan dengan ubat nyahcacing.
Rawatan Sokongan..
Setelah rawatan spesifik dilakukan, berikan rawatan sokongan.
Rawatan sokongan diberikan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Rawatan
sokongan yang boleh diberikan adalah seperti berikut:
• Terapi cecair – Bagi ternakan yang mengalami dehidrasi (kekurangan cecair
dalam badan). Contoh; Normal Saline, Dextrose dan sebagainya.
• Pemberian vitamin B-Complex untuk meningkatkan selera makan ternakan,
diberikan samada secara oral ataupun suntikan.
• Pemberian Multivitamin – Membantu memperkuatkan sistem badan. Contoh;
Cobaphos, Catosal, Fercobsang dan lain-lain.
• Memberi makanan yang ’sedap’ dan berzat.
• Memberi air minuman yang dicampur dengan vitamin (anti-stress)
• TLC (Tender Loving Care) – Memberi perhatian yang lebih terhadap ternakan
yang sakit.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ternakan tidak sembuh?
Sekiranya ternakan tidak sembuh setelah diberikan rawatan spesifik dan sokongan, kaji
semula punca ternakan sakit dan berikan rawatan spesifik. Kemungkinan diagnosa
penyakit yang dilakukan tidak tepat ataupun terdapat penyakit lain yang menyerang
ternakan.
Bolehkah skip mana-mana peringkat rawatan tersebut?
Berdasarkan kepada carta aliran rawatan ternakan sakit di atas dapat dilihat bahawa
ternakan yang sakit boleh dirawat terus dengan rawatan spesifik tanpa melakukan
rawatan awal/segera. Ini berlaku sekiranya punca ternakan sakit dapat disahkan pada
peringkat awal. Contohnya; ternakan yang diarea, tidak pernah diberikan ubat
nyahcacing, perut buncit dan menunjukan gusi pucat boleh disyaki sebagai kes
kecacingan. Maka ubat nyahcacing diberikan kepada ternakan disamping ubat kaolinpectin.
Ternakan Sembuh..
Kembalikan ternakan yang telah sembuh ke dalam kumpulan sihat.
No comments:
Post a Comment